Pembayaran fasa ketiga BSH mulai 28 Ogos

Astro Awani
Ogos 12, 2019 09:11 MYT
Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dilaksanakan mulai 28 Ogos ini. -Gambar fail
Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dilaksanakan mulai 28 Ogos ini.
Ia melibatkan hampir 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.
Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran fasa kedua BSH.
Bagi bayaran fasa pertama pada Januari dan fasa kedua pada Mei, sejumlah RM2.85 bilion telah disalurkan kepada isi rumah yang diluluskan.
Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos, dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September ini.
#akaun bank #Bantuan Sara Hidup #BSH #fasa ketiga #Kementerian Kewangan
;