Pembatalan ratifikasi Statut Rom ada hikmah - Yusmadi
Astro Awani
April 6, 2019 13:16 MYT
April 6, 2019 13:16 MYT
Keputusan Kabinet untuk membatalkan ratifikasi Statut Rom satu tindakan bijak dan penuh hikmah, kata Pengasas RIGHTS Group, Senator Yusmadi Yusuff.
Namun begitu, isu ini perlu ditangani dengan lebih baik pada masa akan datang menerusi muafakat dan interaksi antara semua pemegang taruh yang terlibat bagi mengelak salah tanggap dan polemik.
Katanya, perbincangan mengenai ketetapan Statut Rom sudah pun dipersetujui sejak 2011 lagi, maka tidak timbul isu dan ia dibuat merentasi fahaman politik.
Senator dari Pulau Pinang itu juga berharap perbincangan mengenai Statut Rom tidak terhenti dengan pembatalan ratifikasinya.
Beliau menegaskan Malaysia mempunya peranan yang besar dalam proses keadilan sejagat di arena antarabangsa justeru berharap proses meningkatkan pemahaman semua pihak mengenai perkara ini juga perlu dilakukan dengan lebih baik.
#ICC
#jenayah
#jenayah antarabangsa
#kabinet
#Malaysia
#Pengasas RIGHTS Group
#politik
#Statut Rom
#statut rome
#Yusmadi Yusuff