Pembantu Yazid Sufaat turut didakwa di Mahkamah

Astro Awani
Februari 21, 2013 21:55 MYT
Seorang pembantu kafeteria didakwa di Mahkamah Ampang atas pertuduhan mengalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria.
Muhammad Hilmi Hasim, 33, merupakan pekerja kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaaat yang turut didakwa atas pertuduhan sama.
Muhammad didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang antara jam 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012.
Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130g(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan bersalah direkodkan.
Majistret Zulyana Zulkapli kemudiannya membenarkan kes tersebut di bawa ke mahkamah tinggi.
Pada 8 Februari lalu, Muhammad Hilmi ditahan bersama Yazid Sufaat dan seorang lagi rakannya Halimah Hussein atas pertuduhan menggalakkan perlakuan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi.
Perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
#ISA #Muhammad Hilmi Hasim #Yazid Sufaaat
;