Pembantu imam temui daging babi di masjid

Astro Awani
Februari 16, 2014 19:41 MYT
Seketul daging dipercayai daging babi dijumpai di hadapan pintu Masjid Cherok Tok Kun Atas, Machang Bubok, Pulau Pinang pagi tadi.
Daging tersebut dipercayai dilempar oleh individu tidak bertanggungjawab kira-kira jam 5.30 pagi sebelum ditemui pembantu imam, Saad Arop yang memasuki masjid untuk menunaikan solat subuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mazlan Kesah berkata, daging tersebut dipercayai dibaling dari luar masjid berikutan kedudukannya yang terletak bersebelahan jalanraya.
Polis percaya berdasarkan ciri-cirinya daging tersebut adalah daging babi.
“Ssetakat ini kita belum tahu motif dia lagi. Kita pun tak tahu lagi suspek yang terlibat. Daging ini kita akan sahkan dengan Jabatan Veterinar di Pulau Pinang akan sahkan sama ada daging yang kita jumpa ni betul-betul daging khinzir atau bukan.”
Motif kejadian masih disiasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran.
Kes disiasat dibawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.
#Bukit Mertajam #Cherok Tok Kun #daging babi #masjid
;