Pembangunan infrastruktur Kapit

Astro Awani
Jun 4, 2013 06:05 MYT
Perbincangan bersama akan dibuat dalam masa terdekat bagi membincangkan pembangunan infrastruktur di Kapit, Sarawak.
Ahli Parlimennya, Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan, pembangunan luar bandar terutamanya pembinaan jalan raya memerlukan kerjasama daripada agensi persekutuan dan negeri.
Katanya, pertemuan tersebut kelak akan membincangan isu berkenaan dengan lebih terperinci untuk pembangunan yang lebih mampan.
“Kami mengalu-alukan cadangan untuk kawasan yang belum ada jalan serta mempercepatkan proses ini. Kami akan duduk berbincang bersama mengenai peruntukan kewangan serta kontraktor yang akan diberi tanggungjawab tersebut,” kata Alexander.
Alexander mengulas saranan Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Liwan Lagang yang mahu mengadakan perbincangan dengan beliau dan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusoff bagi memperincikan aksesibiliti di sekitar Kapit dan Belaga.
Sebelum ini, kerajaan persekutuan dan negeri komited untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin yang secara tidak langsung membantu penduduk tempatan menikmati akses jalan raya yang baik.
#Datuk Alexander Nanta Linggi #insfrastruktur #jalan raya #Lapit #pembangunan #pembinanaan #perbincangan
;