Pembangunan digital ASEAN perlukan cybersecurity sebagai keutamaan yang tinggi - Gobind

Bernama
Oktober 1, 2019 05:06 MYT
Gobind pada sesi panel bertajuk 'Securing the Smart Digital Future' yang diadakan sempena dengan Minggu Siber Antarabangsa Singapura 2019. - fotoBERNAMA
Pembangunan digital di 10 negara anggota Asia Tenggara memerlukan sokongan cybersecurity sebagai keutamaan yang tinggi.
Para pemimpinnya, yang bertanggungjawab untuk pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan cybersecurity, perlu mempunyai perubahan set minda.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo berkata demikian pada sesi panel bertajuk 'Securing the Smart Digital Future' yang diadakan sempena dengan Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW) 2019 di sini, pada Selasa.
Menurut beliau, strategi atas ke bawah adalah penting untuk memupuk satu budaya cybersecurity di seluruh negara dan bagi menyediakan perlindungan yang mencukupi kepada rakyatnya.
Gobind, yang tiba di sini Isnin untuk edisi keempat SICW, menggariskan empat tindakan yang perlu diambil oleh rantau ini untuk dikendalikan dengan serta merta.
Untuk mendekati keselamatan sebagai pelaburan strategik dan memperkenalkan kepercayaan sebagai kelebihan kompetitif adalah satu daripada tindakan itu, katanya.
Rantau ini juga boleh memberi penekanan atau permintaan satu strategi keselamatan siber yang teguh dalam mengawasi, mengawal dan respond kepada ancaman digital di peringkat kebangsaan serta peringkat serantau, tambah beliau.
Gobind berkongsi pentas dengan rakan sejawatan dari Brunei, Dato Abdul Mutalib Yusof; Duta bagi Hal Ehwal Digital di Kementerian Hal Ehwal Eropah dan Luar Perancis, Henri Verdier; Ketua Eksekutif Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan, GCHQ UK, Ciaran Martin; dan Penolong Setiausaha Siber, Infrastruktur, dan Daya Tahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, Bryan Ware.
SICW 2019 dibuka secara rasmi oleh Menteri Kanan Singapura yang juga Menteri Penyelarasan bagi Keselamatan Kebangsaan, Teo Chee Hean hari ini.
Dua lagi tindakan penting perlu diterapkan ialah langkah keselamatan yang lebih fleksibel dan sentiasa ada apabila teknologi baru jelas kekurangan sebarang rangka keselamatan; dan mengadakan perkongsian maklumat sebagai satu aset strategik bagi mewujudkan kepercayaan ke arah tindakan kolektif berkesan bagi keselamatan masa hadapan digital.
Gobind menyatakan bahawa masa hadapan digital akan banyak bergantung kepada keberadaan dan integriti alat pintar.
"Sayangnya, meskipun kita dalam ASEAN telah memulakan pelbagai usaha transformasi digital, masih terdapat banyak bahagian landskap keselamatan yang kekal ketinggalan.
"Ini tidak memeranjatkan kerana keselamatan dianggap oleh ramai sebagai satu perbelanjaan tambahan atau teruknya lagi, antara yang melambatkan usaha inovasi."
Malahan, beliau berkata peralatan yang canggih telah mewarisi banyak cabaran keselamatan berikutan isu yang mendasari dalam seni bina teknologi seperti kawalan akses yang tidak mencukupi dalam pengesahan dan kebenaran.
"Bagaimanapun, cabaran keselamatan seumpama tidak kelihatan akan mengurangkan penerimaan peralatan pintar sebaliknya rakyat menerima peralatan pintar dalam skala yang lebih besar dan cepat. Pergantungan digital pintar pada masa hadapan akan bertambah lebih kompleks," kata Gobind.
-- BERNAMA
#alat pintar #Asia Tenggara #cybersecurity #Gobind Singh Deo #keselamatan siber #pelaburan #pembangunan digital #pembangunan ICT #peralatan canggih #perlindungan #perubahan set minda #rakyat #SICW 2019 #teknologi baru #transformasi digital
;