Pembangkang kecewa usul bahas petisyen isu bauksit, ditolak

Hafiz Marzukhi
November 25, 2015 13:55 MYT
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh,menyifatkan keputusan yang diambil Speaker Dewan Rakyat sebagai tidak munasabah. - Foto Astro AWANI/ Hafiz Marzukhi
Beberapa Ahli Parlimen Pembangkang dari Pahang kecewa di atas keputusan Speaker Dewan Rakyat untuk menolak petisyen bagi mendesak Kerajaan Pusat supaya menggantungkan lesen pengeksportan bauksit buat sementara, dibahas.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, menyifatkan keputusan yang diambil Speaker Dewan Rakyat sebagai tidak munasabah.
"Kesan alam sekitar terhadap warga Kuantan amat buruk memandangkan ujian sampel air di sungai di Kuantan oleh Jabatan Alam Sekitar sendiri mendapati kandungan merkuri berada di Kelas 5 yang boleh mengakibatkan penyakit serius.
"Atas sebab itu, kami meminta supaya lesen pengeksportan digantung," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Tambah beliau, lesen pengeksportan bauksit yang wajar digantung sementara dan bukan lesen perlombongan bauksit kerana jika lesen perlombongan yang digantung, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab boleh melakukan perlombongan haram.
"Dengan ketiadaan kegiatan pengeksportan, permintaan juga akan menurun dan seterusnya menghapuskan keperluan untuk mendapatkan bekalan," jelas Fuziah lagi.
BACA: Bauksit: Kerajaan Pahang kaji kos Adherex 120 sebelum wajibkan penggunaan
VIDEO: Petisyen henti aktiviti Bauksit dihantar ke parlimen
BACA: Kontraktor bauksit mohon kerajaan Pahang pertimbang keluarkan lesen
#bauksit #Fuziah Salleh #Kuantan #Parlimen
;