Pembangkang dicabar buat penafian segera bertemu Justo - Shabery

Astro Awani
Julai 17, 2015 11:46 MYT
Ahmad Shabery menegaskan jika pembangkang tidak berbuat demikian ia menunjukkan kepada orang ramai bahawa dakwaan itu benar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencabar pihak pembangkang supaya segera membuat penafian pertemuan dengan bekas pengarah PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo.
Ahmad Shabery menegaskan jika pembangkang tidak berbuat demikian ia menunjukkan kepada orang ramai bahawa dakwaan itu benar.
Polis Diraja Thailand pada Khamis mendedahkan pengakuan Justo tentang pertemuannya dengan pemimpin tertinggi pembangkang bagi menjual maklumat sulit.
Jurucakap Polis Diraja Thailand, Jeneral Prawut Thavornsiri memberitahu sidang media di Bangkok pada Khamis bahawa Justo mengaku mengadakan pertemuan tersebut di Singapura.
Namun pendedahan nama individu terbabit tidak dapat dimaklumkan selagi siasatan masih dijalankan.
#1MDB #Ahmad Shabery Cheek #Najib Razak #prawut Thavornsiri