Pembaharuan demokratik disambut baik (Video)

Astro Awani
Disember 11, 2012 10:21 MYT
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menerima baik jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan pembaharuan yang lebih demokratik.
Ia dilihat sebagai respons positif dan konstruktif kepada pertumbuhan tuntutan kebebasan sivil yang semakin bertambah.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata usaha reformasi kerajaan yang dilaksanakan Najib seperti pemansuhan beberapa undang-undang lama dan penggubalan beberapa akta amat dialu-alukan.
Suhakam juga katanya mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen Tetap mengenai hak asasi manusia sebagai satu mekanisme penting dalam mempertimbangkan isu hak asasi manusia di kalangan Ahli Parlimen.
Jawatankuasa itu dilihat dapat mengukuhkan lagi proses demokrasi berparlimen di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Hak Asasi Manusia, 2012, pada Isnin.
Hasmy juga berkata Suhakam mengakui keamanan dan kestabilan negara adalah penting dalam menjaga ketenteraman awam.
#Jawatankuasa Pemilih Parlimen Tetap #Suhakam #Tan Sri Hasmy Agam
;