Pemantauan rapi bendung salah laku anggota, pegawai JPJ
Astro Awani
Julai 11, 2017 16:59 MYT
Julai 11, 2017 16:59 MYT
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat pemantauan rapi bagi membendung salah laku dalam kalangan anggota dan pegawainya.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata pihaknya tidak akan melindungi mereka yang terbabit dalam sebarang aktiviti negatif.
Menurut Wan Ahmad Uzir, kes yang berlaku biasanya didorong sikap tamak yang menjurus kepada salah guna kuasa individu terbabit.
Menurutnya, pihaknya sedia bekerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia dalam mengesan kakitangan yang menggunakan dokumen asli jabatan itu untuk kegunaan pihak sindiket.