Pemantauan pergerakan dan aktiviti di sempadan Sarawak diperketat

Astro Awani
Mac 26, 2020 05:50 MYT
Semua pintu masuk di sempadan Sarawak akan dipantau secara ketat dan sistematik bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Semua pintu masuk di sempadan Sarawak akan dipantau secara rapat dan sistematik bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Sehubungan itu Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Mesyuarat Keselamatan Negeri pada Khamis memutuskan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing akan mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan.
Tegasnya, jawatankuasa itu akan memastikan semua sempadan negara di Brunei dan Kalimantan terkawal.
"Mesyuarat Keselamatan Negeri juga memutuskan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bertanggungjawab sebagai Pengerusi Rantaian Bekalan Makanan," katanya dalam sidang media di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.
Pada masa sama, Abang Johari menyeru semua warga Bumi Kenyalang untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan sehingga 14 April depan.
Ujarnya sekiranya semua pihak mematuhi perintah larangan ini, kemungkinan untuk Sarawak memutuskan rantaian COVID-19 adalah cerah.
#Abang Johari Tun Openg #Brunei #COVID-19 #Kalimantan #koronavirus #Sarawak #sempadan Sarawak