PEMANSUHAN UPSR yang diumumkan oleh YB Menteri Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia petang ini adalah satu kemenangan besar kepada perjuangan mentransformasikan pendidikan negara. Sebagai penganalis dan pengamal pendidikan, keputusan ini disambut baik dan tepat pada masanya.
Sejak sekian lama, pelaksanaan UPSR telah didapati tidak memberikan manfaat terbesar kepada perkembangan pendidikan pelajar. Bayangkan pada usia 12 tahun, anak-anak kita telah diasingkan potensi mereka semata-mata dinilai menggunakan pencapaian UPSR yang sangat terhad ukurannya dan tidak menggambarkan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar.
Setiap tahun dianggarkan 500 ribu murid-murid menduduki UPSR. Secara purata 10% murid-murid akan mencapai tahap cemerlang dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran UPSR . Mereka diraikan dan diberikan pujian dengan berbagai penghargaan oleh pihak sekolah. Apa yang pihak sekolah lakukan pada 90% lagi murid-murid yang lain?
Adalah tidak wajar untuk mengkategorikan keupayaan murid-murid pada peringkat yang terlalu awal. Pada kumpulan 90 peratus murid-murid yang tidak cemerlang, hasil dari keputusan UPSR menyebabkan mereka mula membina konsep kendiri yang lemah, tidak percaya pada kebolehan diri dan melihat mereka adalah insan yang tidak berjaya. Sebab itu UPSR hanya menjayakan 10 peratus murid-murid tetapi mengenepikan potensi 90 peratus murid-murid yang lain.
BACA: UPSR mansuh sepenuhya, PT3 dibatalkan
Bagaimanapun, pemansuhan UPSR perlu diisi dengan dua perkara lain. Pertama, perlaksanaan penilaian bilik darjah (PBD) mestilah ditingkatkan kualiti ketekalannya. Khususnya berkaitan tahap kebolehpercayaan penilaian bilik darjah oleh guru dan kesahan konstruk atau dimensi yang perlu dinilai oleh guru di dalam bilik darjah.
Ini cabaran yang perlu diselesaikan segera oleh KPM khususnya Bahagian Guru dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada PBD.
Kedua, kurikulum yang sedia ada direkabentuk untuk tujuan peperiksaan UPSR. Apabila UPSR dimansuhkan, pengubahsuaian kurikulum mestilah dilakukan supaya dapat disesuaikan dengan konsep PBD. Sebagai contoh, konsep pembelajaran hafalan dan latih tubi sudah tidak sesuai lagi. Murid-murid perlu disediakan kurikulum yang memerlukan mereka melakukan penyelesaian masalah, kreativiti, komunikasi dan kolaborasi. Inilah perkara-perkara baru yang perlu dinilai oleh guru-guru di dalam bilik darjah. Bukan lagi sekali isi kandungan di dalam buku teks.
Seperkara lagi, pemansuhan UPSR membuka peluang untuk pendidikan negara kita memberikan tumpuan kepada pembangunan bakat dan potensi bukan akademik pada awal.usia murid-murid. Oleh itu agenda pembangunan pendidikan bakat murid-murid mestilah dibangunkan oleh KPM melalui aktiviti kokurikulum. Tetapi kali ini, ko-kurikulum bukan sekadar aktiviti sampingan sahaja di sekolah sebalik mestilah diangkat menjadi sama penting dengan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Murid-murid harus dibangunkan bakat musik, sukan, rekacipta, komunikasi dan berbahasa, seni lukis, fotografi, kepimpinan dan berbagai lagi bakat mengikut kecenderungan murid-murid secara berkesan dan terancang. Ko-kurikulum tidak lagi boleh dilaksanakan sekadar mengisi masa lapang murid-murid seperti sebelum ini.
* Dr Anuar Ahmad - Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan UKM
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Astro Awani
Wed Apr 28 2021
Pemansuhan UPSR disifatkan sebagai satu kemenangan besar kepada perjuangan mentransformasikan pendidikan negara. - Gambar fail
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
NUTP setuju cadangan Kementerian Pendidikan mansuh UPSR
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).