Pemansuhan Dewan Negara terlalu radikal, Chee Wee
Hakim Rahman
Mei 22, 2013 22:09 MYT
Mei 22, 2013 22:09 MYT
Bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh supaya Dewan Negara dimansuhkan sebagai tindakan melampau.
Katanya, Dewan Negara masih berfungsi dan peranannya penting dalam membahaskan undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat.
Jelas Chee Wee pemansuhan Dewan Negara memerlukan pindaan perlembagaan dan beliau tidak melihat perkara itu akan mendapat persetujuan 2/3 ahli Dewan Rakyat.
"Jika kamu hapuskan Dewan Negara, kita masih ada Dewan Rakyat untuk membuat undang-undang dan pemansuhan Dewan Negara memerlukan pindahan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu temubual bersama Astro Awani.
“Saya rasa cadangan Karpal singh itu terlalu radikal.
“Dewan Negara melakukan kerja yang tidak baik ? Jawapannya adalah tidak,”jelasnya lagi.
Apa yang perlukan mengikut beliau adalah penambahbaikkan dalam pemilihan ahli Dewan Negara.
"Ahli Dewan Negara adalah orang yang pintar, jujur dan bekerja keras tapi malangnya ada sebahagian mereka yang tidak mempunyai kualiti tersebut," katanya.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang dilantik oleh yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Ia terdiri daripada individu dalam bidang profesional tertentu serta mewakili minoriti seperti wakil orang asli.
Karpal sebelum ini mengesa supaya perlembagaan persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara yang dianggap sebagai perbelanjaan yang tidak perlu.