Pemandu wanita terlibat kemalangan maut di Johor Bahru tiba di mahkamah

Ernalisa Othman
Oktober 15, 2020 00:47 MYT
Pemandu wanita itu disorong menaiki kerusi roda oleh polis trafik pengiring sebelum memasuki Mahkamah Majistret. -Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Pemandu wanita yang didakwa menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
Wanita berkenaan yang mengenakan jaket hitam itu disorong menaiki kerusi roda oleh polis trafik pengiring sebelum memasuki Mahkamah Majistret.
Dua pertuduhan dijangka dikenakan terhadap pemandu wanita berkenaan iaitu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.
#kematian anggota tentera #pemandu wanita #Kompleks Mahkamah Johor Bahru #Mahkamah Majistret #Akta Pengangkutan Jalan 1987