KUALA LUMPUR: Seorang pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang tular melanggar empat beranak ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Besraya, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Pereka grafik, Mohammad Harith Ismail, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Fatin Dayana Jalil.
Mahkamah memerintahkan dia dihukum penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut dan butiran kesalahan direkodkan pada lesen memandunya.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang memakai baju hitam, didakwa memandu kenderaan itu secara tidak cermat di Lebuhraya Besraya dari arah Sungai Besi ke Balakong di sini, pada jam 12.30 tengah hari, 12 Disember lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, R Harvind memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan kerana tidak sengaja melakukan kesalahan tersebut.
“Saya bukan orang sini, jadi saya tidak arif dengan selok-belok jalan di lokasi kejadian.
“Saya juga tidak melarikan diri atau meninggalkan mangsa di situ, sebaliknya terus hantar mereka ke hospital bersama saksi,” katanya.
Majistret kemudiannya menasihati pesalah muda itu supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa memandu.
Pada Selasa, tular satu rakaman kamera papan pemuka kenderaan atau ‘dashcam’, memaparkan motosikal dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.
Hasil siasatan polis mendapati kesemua mangsa berusia lima hingga 34 tahun cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 13 2023

Anggota polis membawa Mohammad Harith ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan kes memandu secara tidak cermat di Lebuhraya Besraya dari arah Sungai Besi ke Balakong. - Gambar/ Sinar Harian

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

Video tular: Suami isteri ditahan kes langgar lari pemandu trak tunda
Pasangan suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes langgar dan cubaan bunuh seorang lelaki di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.

Kes tular: Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
OKU yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.

"Yulia bukan pembantu rumah, dia sebahagian daripada keluarga kami"
Rafidah Partiman dan Ahmad Hakimi Tajuk Arus antara majikan bertuah yang pernah menerima kehadiran pembantu rumah yang bertanggungjawab.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.