Pemandu treler rentung, langgar pembahagi jalan di Lebuhraya ELITE

Harits Asyraf Hasnan
Februari 12, 2018 17:43 MYT
Mangsa, Norhisam Sahuri, 37 tahun memandu treler yang membawa muatan serbuk polimer datang dari arah Putrajaya. - Foto JBPM Selangor
Seorang pemandu rentung selepas treler yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Lebuhraya ELITE dekat susur masuk ke Saujana Putra pagi tadi.
Mangsa, Norhisam Sahuri, 37 tahun memandu treler yang membawa muatan serbuk polimer datang dari arah Putrajaya.
Memetik kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, kebakaran hanya membabitkan bahagian hadapan treler.
‎Seramai 11 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dan Teluk Panglima Garang dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan 11.56 pagi tadi.
Selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya, kerja pembersihan tumpahan minyak dan sisa kemalangan dilakukan.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
#kebakaran #kemalangan #Lebuhraya Elite #mangsa #maut #maut rentung #operasi #pemandu treler #Putrajaya
;