Pemandu treler cedera langgar jentera bomba

Sinar Harian
Ogos 9, 2021 05:31 MYT
Keadaan selepas kemalangan. -Foto Sinar Harian
KLANG: Seorang lelaki cedera selepas treler dipandunya melanggar belakang sebuah jentera bomba dalam kejadian di Jambatan Jalan Kem menghala Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini, pada petang Isnin.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 4.40 petang dan tiba di lokasi kejadian sekitar 5.12 petang.
“Sewaktu kejadian, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja tersebut dalam perjalanan pulang selepas memadam kebakaran membabitkan sebuah lori,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Menurutnya, pemandu treler berusia 31 tahun itu berjaya dikeluarkan dan hanya cedera di paha kanan.
Artikel asal di Sinar Harian
#treler langgar bomba #pemandu treler cedera #langgar belakang jentera bomba #Jambatan Jalan Kem #Pelabuhan Barat #Pelabuhan Klang #Norazam Khamis
;