Pemandu tersepit nahas bas, treler berhampiran Gunung Lang
Abd Razak Mohd Ali
Mac 22, 2023 09:10 MYT
Mac 22, 2023 09:10 MYT
IPOH: Seorang pemandu sebuah bas tersepit apabila kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Taman Sri Desa, berhampiran Gunung Lang, di sini, pagi ini.
Lelaki berusia 47 tahun ini yang tersepit di bahagian pemandu mengalami kecederaan.
Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II Ridzuan Chik, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.53 pagi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan sebuah bas yang menyebabkan pemandu tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya lagi, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.
Operasi menyelamat tamat jam 7.48 pagi.