Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyatakan pihaknya tidak bertindak zalim susulan empat pemandu teksi yang dijatuhkan hukuman penjara disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah.
Menerusi satu kenyataan SPAD berkata hukuman dan denda yang dikenakan adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kebijaksanaan mahkamah.
“SPAD mahu memperbaiki reputasi industri teksi negara yang telah tergugat akibat tindakan segelintir pemandu teksi; ibaratkan ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’,” kata SPAD dalam kenyataan itu.
Suruhanjaya itu turut berkata walaupun kad pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang.
Jelas SPAD, di dalam kes yang melibatkan empat pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai kad pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asalnya, dengan jumlah yang paling minima iaitu RM500.
“Setelah diberikan peringatan dan amaran yang sewajar, mereka didapati masih enggan membayar kompaun-kompaun tersebut.
“Tempoh purata yang diberikan bagi menjelaskan kompaun, di dalam kes empat pemandu tersebut adalah antara 454 hingga 653 hari,” kata SPAD.
Tambahnya, disebabkan kelewatan menjelaskan kompaun, mereka telah didakwa di Mahkamah.
“Dua daripada pemandu teksi tersebut dikenakan denda dan penjara selama sehari. Dua lagi pemandu diarah membayar denda atau masing-masing dikenakan hukuman penjara selama dua dan tiga bulan,” kata SPAD.
Suruhanjaya itu turut mengalu-alukan sokongan semua pemandu teksi untuk bekerjasama di dalam menaikkan mutu perkhidmatan dan martabat industri teksi negara.
Astro Awani
Sun Dec 21 2014
SPAD: Pihaknya tidak bertindak zalim susulan empat pemandu teksi yang dijatuhkan hukuman penjara disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah. - Gambar Fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Banduan akhir: 'Ampunkan kami jika ini Syawal terakhir'
Setiap kali menjelang syawal sudah tentu rata-rata masyarakat beragama Islam sibuk dengan persiapan juadah, pakaian baharu serta kuih raya.
Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.
Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa
Kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan mandatori dalam hukuman mati kerana ia memberi keadilan kepada keluarga.
Hukum cucuk besi panas untuk pesalah sumbang mahram
Pelaku sumbang mahram layak dihukum dengan mencucuk besi panas agar mereka faham perasaan mangsa
Tiada cadangan pinda hukuman terhadap individu enggan bayar cukai pendapatan
Kerajaan tidak bercadang meminda atau memansuhkan hukuman sedia ada terhadap individu yang enggan membayar cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.