Pemandu pelancong hilang di Taman Negara Mulu masih belum ditemui

Bernama
Julai 14, 2019 20:53 MYT
Pemandu pelancong rakyat tempatan, Roviezal Robin, 20 tahun, masih belum ditemui. - Foto Facebook
Operasi mencari serta menyelamat seorang pemandu pelancong, Roviezal Robin yang hilang setelah dibawa arus deras di sungai Gua Rusa di Taman Negara Mulu Jumaat lepas, masih gagal menemui mangsa pada Ahad.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, operasi ditangguhkan pada pukul 3.11 petang ini, setelah usaha pencarian mangsa berusia 20 tahun itu dimulakan semula pukul 8.30 pagi.
"Operasi mencari dan menyelamat akan disambung Isnin," katanya dalam satu kenyataan.
Law berkata, operasi pada Ahad melibatkan lima pasukan yang berpecah mencari Roviezal di setiap lokasi gua tersebut termasuk terowong gua serta laluan sungai dalam gua itu.
BACA: Insiden Taman Negara Mulu: Gagal nilai situasi, ketidaktentuan cuaca jadi penyebab
Dalam kejadian berlaku pukul 5.50 petang Jumaat itu, Roviezal serta seorang pelancong Belanda Peter Hans, 66, hilang dibawa arus semasa banjir kilat, dengan mayat Hans ditemui pukul 6.40 pagi Sabtu.
-- BERNAMA
#banjir #bomba #Gua Rusa #hilang #Law Poh Kiong #mayat #Miri #pelancong #pemandu pelancong #Roviezal Robin #taman negara mulu
;