"Pemandu Myvi tak mabuk pun" - Polis
Afiezy Azaman
Januari 26, 2020 11:23 MYT
Januari 26, 2020 11:23 MYT
Pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Jalan Tun Perak pada 8.30 malam Sabtu, tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga Pakistan dan penunggang motosikal warga tempatan.
"Hasil siasatan awal, kereta terbabit sedang bergerak terus ke lorong paling kanan bergesel dengan penunggang motosikal yang bergerak di laluan yang sama.
"Akibat pelanggaran penunggang motosikal itu tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa pemandu kereta terbabit memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan itu berlaku.
Menurut Zulkefly, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#Asisten Komisioner Zulkefly Yahya
#bergesel
#Jalan Tuanku Abdul Rahman
#Jalan Tun Perak
#JSPT
#kemalangan maut
#Kuala Lumpur
#meninggalkan dunia
#pengaruh alkohol
#penunggang motosikal
#Perodua Myvi
#warga Pakistan