Pemandu maut treler terbabas di NKVE, pembantu parah
Afiezy Azaman
Ogos 12, 2019 08:29 MYT
Ogos 12, 2019 08:29 MYT
Seorang pemandu treler maut manakala pembantunya cedera parah selepas kenderaan mereka terlibat kemalangan di Kilometer 11.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Shah Alam pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan bomba dan penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.38 pagi dan seramai tujuh pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi.
"Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah treler jenis Scania yang terbabas dengan sendiri.
"Pemandu lori berkenaan, Turiman Mohd Taha, 48, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembantunya Muhammad Helmi Abdol Jalil, 22, cedera parah," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Hafisham berkata pihaknya telah membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut.
"Kedua mereka telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan seterusnya," jelasnya.
#Hafisham Mohd Noor
#Lebuhraya Lembah Klang Baru
#Muhammad Helmi Abdol Jalil
#NKVE
#pemandu treler maut
#treler terbabas sendiri
#Turiman Mohd Taha