Pemandu maut tersepit ketika periksa lori

Bernama
Jun 8, 2024 22:30 MYT
Seorang pemandu lori maut akibat tersepit di bahagian bawah lorinya semasa memeriksa kenderaan itu di Kampung Taginabur Kiulu, Jalan Ranau-Tuaran hari ini. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Seorang pemandu lori maut akibat tersepit di bahagian bawah lorinya semasa memeriksa kenderaan itu di Kampung Taginabur Kiulu, Jalan Ranau-Tuaran hari ini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mahmud Jumah berkata pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.51 tengah hari mengenai satu kemalangan di tempat kerja di Kampung Taginambur Kiulu.
Beliau berkata setiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati seorang lelaki berusia 35 tahun tersepit di bahagian bawah lori jenis tipper 5 tan ketika memeriksa keadaan lori itu selepas membuang muatan tanah.
"Mangsa yang tersepit itu berjaya dikeluarkan pasukan bomba di tempat kejadian.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#pemandu lori #tersepit #Kampung Taginabur Kiulu #JBPM Sabah
;