TELUK INTAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah treler dalam hujan lebat di Kilometer 7, Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara itu, pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri, siasatan awal mendapati kereta berkenaan daripada arah Teluk Intan menghala ke Hutan Melintang.
“Sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar treler.
“Dimaklumkan, semasa kejadian, cuaca hujan lebat dan permukaan jalan adalah licin,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pihak polis meminta mana-mana saksi agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hanif Ghazali di talian 013-8211978 bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ahmad Adnan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memandu mengikut peraturan serta undang-undang, terutama ketika hujan dan permukaan jalan yang basah serta bentuk jalan berliku.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 24 2023
Dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan lewat petang Jumaat, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar treler. - Foto PDRM
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
ZUS Coffee kerjasama dengan pelari menara nombor satu dunia
ZUS Coffee menyifatkan pencapaian luar biasa yang diraih Wai Ching benar-benar mencerminkan semangat ‘Anak Malaysia’ yang mahu diangkat oleh syarikat tersebut.
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
KPM berharap daurah ini akan dapat menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islam yang berupaya mengangkat martabat insan dengan berpandukan kandungan Hadis 40 Imam Nawawi.
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran
Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus.
Nahas dua kereta di Jalan Jelapang ragut satu nyawa
Seorang lagi mangsa cedera dalam kemalangan antara kereta Proton Waja dan Nissan Ad Resort, malam tadi.
Pemandu treler maut tersepit di tempat duduk
Kemalangan di Kilometer 62, Lebih Raya Utara Selatan, awal pagi itu melibatkan dua buah treler.
Penunggang motosikal maut digilis lori treler
Siasatan mendapati mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori treler namun bergesel dengan sebuah lagi lori lain di laluan sama.
Sembilan pejalan kaki maut, empat cedera selepas dirempuh kereta di Seoul
Sembilan orang maut dan empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di pusat bandar Seoul pada Isnin.
10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta
Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.
Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, empat cedera
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan tiga perempuan berusia 15 hingga 39 kini menerima rawatan di Hospital Temerloh.
Kenderaan pacuan empat roda milik JAKOA terbabit dalam kemalangan
Kemalangan itu menyebabkan van ambulan itu terbalik, mengakibatkan beberapa penumpang tercampak keluar.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
Pekerja IT hilang rupanya dipercayai sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
Misteri kehilangan seorang pekerja IT sejak Sabtu lalu terungkai apabila kereta jenis BMW milik mangsa ditemukan terbabas di Jalan Lebuhraya Puchong menghala Bukit Jalil.
652 kemalangan kenderaan berat direkodkan suku pertama 2024
Daripada kemalangan itu, sebanyak 287 kes maut dicatatkan dengan 95 mangsa cedera parah dan 270 mangsa cedera ringan.