Pemandu maut digilis bas
Sinar Harian
April 27, 2022 06:30 MYT
April 27, 2022 06:30 MYT
PETALING JAYA: Seorang lelaki maut akibat digilis bas yang dipandunya dalam kejadian berhampiran Tol Subang di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, pemandu bas ekspres berkenaan berhenti di bahu jalan dipercayai untuk membaik pulih kerosakan pada kenderaan terbabit.
"Mangsa iaitu pemandu bas telah memberhentikan bas di tepi jalan dan masuk di bawah bas untuk membaik pulih namun dipercayai bas telah bergerak lalu menggilis mangsa.
"Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-253 6820 bagi membantu siasatan," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian