Pemandu lori terjunam dalam sungai ditemui lemas

Dewi Nur Harasha Alias
April 28, 2021 17:26 MYT
Pencarian diperluaskan ke dalam lingkungan radius 1,000 meter dari tebing tempat lori mangsa terjunam sebelum mayatnya ditemui. - Gambar/ JBPM
PERAI: Pemandu lori warga emas yang hilang selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai di sini, pada malam Selasa ditemui lemas.
Mayat K Palaniappan, 66, ditemui pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang kira-kira jam 11.20 pagi Rabu.
Menurut jurucakap jabatan itu, pencarian diperluaskan ke dalam lingkungan radius 1,000 meter dari tebing tempat lori mangsa terjunam sebelum mayatnya ditemui.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
BACA: Lori terjunam ke sungai, pemandu dikhuatiri lemas
Dalam kejadian jam 7.10 malam Selasa, Palaniapan dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam sungai Perai.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, kelihatan mangsa berjalan menuju ke arah lori sebelum menggerakkan kenderaan itu.
Bagaimanapun kenderaan tersebut dilihat meluncur ke depan lalu terjunam ke dalam sungai.
#pemandu lori #terjunam dalam sungai #ditemui lemas #sungai perai #pulau pinang #CCTV #SAR #polis
;