Pemandu lori pasir tersepit rempuh plaza tol

Sinar Harian
Disember 14, 2023 07:15 MYT
Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian di Plaza Tol Senai Utara di Kilometer 19.2 Lebuh Raya Utara-Selatan pada Khamis. - Foto Ihsan Bomba/Sinar Harian
KULAI: Seorang pemandu cedera selepas lori pasir dipandunya merempuh Plaza Tol Senai Utara di Kilometer 19.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini semalam.
Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa, Amirrul Faiz Hassan yang berusia 29 tahun, tersepit di tempat duduk pemandu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.10 pagi.
Susulan itu katanya, dua jentera fire rescue tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan 15 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan membabitkan sebuah lori pasir yang merempuh pondok plaza tol. Pemandunya tersepit dan pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas 'power unit' dan 'combination tools'," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan dan operasi tamat jam 11.40 pagi. - Sinar Harian
#pemandu lori tersepit #langgar plaza tol #lori pasir #Lebuhraya Utara-Selatan
;