Pemandu lori maut rempuh lori kontena di Lebuhraya PLUS

Astro Awani
Mei 5, 2020 21:24 MYT
Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya. - Foto Astro AWANI
Seorang pemandu lori maut selepas merempuh sebuah lori kontena rosak di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), antara Lembah Beringin ke Tanjung Malim, awal pagi ini.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira kira jam 1.30 pagi itu, lori kontena yang rosak itu sarat dengan muatan dan berada di laluan perlahan.
Mangsa yang tidak menyedari, terus merempuh belakang kontena berkenaan, menyebabkan dia tersepit dan mati di tempat kejadian.
Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi dan berjaya mengeluarkan mangsa 30 minit kemudian.
Polis akan mengambil keterangan pemandu lori kontena terbabit bagi mengenal pasti punca kemalangan.
#kemalangan #kontena #laluan perlahan #Lebuhraya PLUS #Lori #lori rosak #lori sarat muatan #mangsa tersepit #maut #pemandu lori