Pemandu lori maut, muatan beras berterabur

Sinar Harian
Julai 29, 2018 09:34 MYT
Kampit beras berterabur selepas lori dipandu mangsa berusia 29 tahun terbabas. Foto: Sinar Harian
Seorang lelaki maut selepas lori muatan beras dipandunya terbabas di Jalan Seremban - Port Dickson di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, mangsa berusia 29 tahun itu meninggal dunia di lokasi dalam kejadian jam 8.20 pagi.
“Siasatan awal dilakukan dipercayai mangsa gagal mengawal lori jenis Nissan dipandunya lalu terbabas semasa menuruni bukit dan gagal berhenti di persimpangan jalan dan terlanggar tembok batu berhampiran.
“Pemandu lori disahkan meninggal dunia manakala kelindan yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#beras #Jalan Seremban #Lori #meninggal dunia #Port Dickson #Thiew Hock Poh
;