Pemandu lori maut, motosikal terbabas jatuh longkang
Adie Sufian Zulkefli
Jun 7, 2020 10:49 MYT
Jun 7, 2020 10:49 MYT
“Malang tidak berbau.”
Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik keluar daripada tol Sungai Petani Selatan, malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, dalam kejadian jam 11.27 malam itu, mangsa Aijay Kanavathi, 40 tahun, baharu habis bertugas dari Butterworth dan menunggang motosikal bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Sungai Petani.
Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa melalui laluan kampung yang tidak rata lalu motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam longkang lalu terbabas.
Jelas Adzli, kepala mangsa terhentak pada simen longkang serta mengalami kecedaraan parah di bahagian dalam badan.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
#Adzli Abu Shah
#cedera parah
#jalan tidak rata
#jatuh
#Kedah
#kemalangan
#kepala terhentak
#laluan kampung
#longkang
#mangsa
#maut
#mayat
#motosikal
#pemandu lori
#polis
#Sungai Petani
#tol Sungai Petani Selatan