Pemandu lompat keluar selamat diri
Adie Sufian Zulkefli
Jun 18, 2020 13:03 MYT
Jun 18, 2020 13:03 MYT
Seorang pemandu terselamat daripada maut apabila sempat melompat keluar dari lori yang dipandunya terbakar.
Ketika kejadian sekitar pukul 9.45 pagi itu, lori yang dipandu mangsa tiba-tiba berasap lalu terbakar di
Kilometer 103.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan menyebabkan kemusnahan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sebaik menerima panggilan berhubung kebakaran lori itu sepasukan anggota dari Balai Bomba Sungai Petani bergegas ke lokasi.
Katanya, sebaik anggota tiba di lokasi didapati api sedang marak dan menyebabkan lori berkenaan hangus.
Api berjaya dipadam 10 minit kemudian .
Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.