Pemandu letih punca nahas bas ekspres

Astro Awani
Februari 25, 2013 23:59 MYT
Punca kemalangan bas ekspres di lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Tagar awal pagi Isnin adalah disebabkan kesilapan pemandu yang dikatakan keletihan dan mengantuk.
Perkara tersebut dimaklumkan jurucakap bahagian trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Selangor selepas siasatan awal dilakukan.
Dalam kemalangan tersebut, bas yang dalam perjalanan ke utara tanah air itu telah mengakibatkan tiga penumpang maut manakala 14 cedera ringan.
Idetiti mangsa terkorban dikenali sebagai Mohamad Zambri Abd rani, 42 tahun, Mohamed Ainol Fauzie Mohd Aman, 25 tahun manakala identiti mangsa wanita pula masih belum dapat dikenal pasti.
Sementara itu pemandu bas berkenaan cedera parah dan kini sedang di rawat di Hospital Slim River.
Kesemua mangsa yang cedera ringan sudah dibenar meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing selepas mendapat rawatan.
#bas ekspres kemalangan #hospital slim river #PDRM
;