Pemandu kereta tersilap masuk lorong motosikal di jambatan kedua Pulau Pinang

Astro Awani
Mac 7, 2022 09:46 MYT
Rakaman berdurasi kira-kira 30 saat memaparkan sebuah Proton Saga berwarna kelabu dipandu laju di lorong motosikal di jambatan kedua Pulau Pinang. - Foto ihsan pembaca
BALIK PULAU: Seorang pemandu kereta dilihat memandu di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini.
Lelaki tersebut, yang memandu kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu, dipercayai tersilap lorong.
Kejadian berkenaan dirakam pengguna jalan raya sebelum video dimuat naik ke laman sosial hari ini.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan.
Rakaman berdurasi kira-kira 30 saat itu memaparkan kenderaan tersebut yang dilihat dipandu laju di lorong motosikal.
Tindakan itu mendapat pelbagai respon netizen dengan ada yang mendakwa pemandu berkenaan mungkin tersilap lorong.
Namun, tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan pemandu itu.
Selain itu, ada juga netizen yang mendakwa tindakan tersebut mungkin berlaku akibat kekeliruan di antara lorong motosikal dan laluan bagi kenderaan lain di jambatan kedua Pulau Pinang tersebut.
#lorong motosikal #kereta tersilap masuk lorong #Jambatan Kedua Pulau Pinang
;