Pemandu, kenderaan 'hancur' bertembung lori

Radhi Muslim
April 6, 2021 04:14 MYT
Keadaan kereta dalam kemalangan dengan sebuah lori kargo. - Foto Astro AWANI
TELUPID: Seorang pemandu lelaki tersepit teruk dalam kenderaannya selepas bertembung dengan sebuah lori kargo dalam satu kemalangan di Kampung Bauto, Telupid, pada Isnin malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kenderaan yang dipandu mangsa hancur berkecai.
Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06 malam dan mengerahkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.
"Kemalangan membabitkan sebuah sebuah lori kargo enam tan yang bertembung dengan sebuah kereta jenis Nissan.
"Akibat pertembungan, anggota bomba perlukan kira-kira 25 minit untuk mengeluarkan pemandu Nissan yang tersepit itu.
"Bagaimanapun, pemandu itu disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Manakala, dua individu dalam lori kargo pula hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital berdekatan.
#kemalangan #tersepit #lori kargo #kemalangan maut #Beluran #Telupid