Pemandu cemas, van dipandu tiba-tiba terbakar

Petrus Bernard
Oktober 9, 2019 22:08 MYT
Van yang bergerak sendiri kemudian melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang parkir di hadapan sebuah kedai gunting. - Astro AWANI
Sebuah van jenis Nissan terbakar ketika kenderaan itu sedang dipandu pemiliknya di Jalan Dunlop, Tawau, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu berlaku apabila pemandunya, seorang lelaki berumur 38 tahun sedang memandu melalui jalan tersebut.
Menyedari kenderaannya berasap, lelaki berkenaan terus membelok ke kiri masuk ke Jalan Bunga lalu melompat keluar dari van tersebut.
Van yang bergerak sendiri kemudian melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang parkir di hadapan sebuah kedai gunting.
Pemilik Myvi dengan segera mengalihkan kenderaannya agar tidak ikut terbakar.
Ketua Polis Daerah Tawau, Peter Umbuas berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.30 pagi berkaitan kebakaran van tersebut lalu bergegas ke lokasi kejadian.
Setiba dilokasi kejadian van Nissan tersebut sedang terbakar dan dipadamkam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba Tawau.
Walau bagaimana, pun pemandu van dan pemandu Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan awal mendapati punca kebakaran pada van Nissan tersebut berpunca daripada bateri kenderaan itu yang terlalu panas.
Akibat pelanggaran, Perodua Myvi itu mengalami kerosakan di bahagian pintu dan ‘mudguard’ manakala van Nissan terbakar hampir keseluruhan bahagian dalam dan luar.
#Balai Bomba Tawau #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #Jalan Bunga #Jalan Dunlop #Perodua Myvi #Polis Daerah Tawau #Tawau #van Nissan #van terbakar
;