Pemandu bot lemas ketika cuba selamatkan penumpang di Tasik Putrajaya

Astro Awani
Jun 17, 2017 17:28 MYT
Seorang pemandu bot dijumpai lemas dalam insiden bot terbalik di Tasik Putrajaya, Presint 4, pada 5 petang, Sabtu. -Foto PDRM
Seorang pemandu bot dijumpai lemas dalam insiden bot terbalik di Tasik Putrajaya, Presint 4, pada 5 petang, Sabtu.
Mangsa, Muhammad Fauzi Bagumbayan, 29, hilang ketika cuba menyelamatkan dua penumpang yang menaiki bot dipandunya dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kekuatan 50 anggota terdiri daripada pihak polis, bomba, ambulans, dan Perbadanan Putrajaya berjaya menemukan mayat mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.
#bomba #Lemas Putrajaya #Muhammad Fauzi Bagumbayan #PDRM #Rosly Hassan
;