Pemandu 4WD ditahan penduduk selepas rempuh kereta, tiang elektrik di Klang
Astro Awani
Januari 27, 2020 11:34 MYT
Januari 27, 2020 11:34 MYT
Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu seorang lelaki melanggar beberapa kenderaan di kawasan letak kereta Flat Kota Pendamar 2, Klang, Selangor jam 9.30 malam tadi.
Suspek yang cuba melarikan diri dari lokasi kejadian bagaimanapun berjaya ditahan penduduk selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar berkata lelaki itu akan direman hari ini dan jalani ujian air kencing.
Kesemua kenderaan terlibat berada dalam keadaan parkir dan tiada kecederaan akibat kemalangan dilaporkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
#4WD
#Akta Pengangkutan Jalan
#Flat Kota Pendamar 2
#Ketua Polis Daerah Klang Selatan
#pacuan empat roda
#Shamsul Amar