Pemancing yang hilang ditemui mati

Bernama
November 5, 2018 10:38 MYT
Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
Seorang pemancing rakyat tempat yang dilaporkan hilang tiga hari lepas ditemui mati hari ini.
Mayatnya ditemukan terapung 50 meter dari jeti LKIM Kiansam oleh kakitangan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dan anggota Rela pada kira-kira jam 6 pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa yang mengesahkan penemuan itu, berkata mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Mangsa dikenal pasti sebagai Maddin Simion, 51, seorang peniaga pasar malam telah keluar memancing pada 3 Nov kira-kira jam 6 pagi sekitar Pulau Burung, dan dilaporkan hilang pada pukul 7.40 pagi pada hari yang sama.
--BERNAMA
#Che Adnan Md Isa #hilang #jeti #kastam #LKIM Kiansam #mati #mayat #pemancing #peniaga pasar malam #Pulau Burung
;