Pemancing jumpa mayat disimen dalam tong
Astro Awani
Februari 11, 2015 20:11 MYT
Februari 11, 2015 20:11 MYT
Bau busuk yang menyengat sekitar kawasan ladang estet Bukit Beruntung membawa kepada penemuan mayat yang disimen dalam tong berhampiran sebuah kolam ikan.
Mayat ditemui pemancing yang sedang menjala ikan kira-kira jam 11 pagi.
Menurut Ketua Polis Hulu Selangor, R. Suparamaniam, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dua bulan dan disyaki dibunuh dengan kejam.
Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu.