Pemancing jatuh laut ditemukan lemas

Bernama
Ogos 13, 2023 20:30 MYT
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Batu Musang untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut. - Foto Sinar Harian
NIBONG TEBAL: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika memancing di laut berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan di sini ditemukan lemas hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan Azmi Tahar berkata, mayat Mohammad Azali Mohd Azrin, 28, yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut kira-kira 11.42 pagi ditemukan pada 4.14 petang ini.
"Pihak bomba menerima maklumat seorang lelaki telah terjatuh ke dalam laut ketika sedang memancing dan kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum mayatnya ditemukan kira-kira 4.8 kilometer dari tempat dia terjatuh," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada 5.23 petang.
-- BERNAMA
#pemancing jatuh laut #ditemukan lemas #Pulau Aman #batu kawan
;