Pemalsuan cop sempadan: 23 individu dibawa ke mahkamah untuk direman

Fareez Azman
November 17, 2020 11:10 MYT
23 individu itu dibawa ke tingkat satu Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Seramai 23 individu termasuk pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk prosiding reman dipercayai berhubung kes pemalsuan cop sempadan.
Sebahagian daripada mereka dibawa menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa lagi dengan kereta, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 10.08 pagi.
Seramai 19 lelaki dan empat wanita yang memakai baju jingga dan bergari itu dibawa ke tingkat satu mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.
Kesemua mereka memakai pelitup muka dan diperiksa suhu sebagai langkah mengekang penularan COVID-19.
Difahamkan, beberapa individu lain akan turut direman di Johor Bahru, Johor; Kuching, Sarawak; dan Kota Kinabalu, Sabah; hari ini bagi membantu siasatan kes pemalsuan cop sempadan.
#Mahkamah Majistret #Putrajaya #SPRM #mahkamah #Rasuah #Imigresen #palsu #reman #cop sempadan
;