Pemalsuan cap sempadan: 44 individu termasuk 27 pegawai Imigresen direman - SPRM
Fareez Azman
November 17, 2020 13:44 MYT
November 17, 2020 13:44 MYT
PUTRAJAYA: 14 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan 9 orang awam direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan cap sempadan.
Dua orang awam terbabit dikenakan reman masing-masing tiga dan empat hari.
Manakala lapan pegawai JIM dan seorang lagi orang awam dikenakan perintah reman selama lima hari.
Selain mereka tiga lagi orang awam serta enam lagi pegawai JIM turut direman selama tujuh hari.
Kesemua tertuduh direman bermula hari ini di bawah Seksyen 17 A, Seksyen 17 B dan Seksyen 16 a (A) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Roslizawati Mohd Zain.
Di Mahkamah Seksyen Johor Bahru pula, seramai sembilan penguatkuasa dan empat orang awam dipercayai direman selama tujuh hari di bawah Akta yang sama.
Manakala dua individu masing-masing direman selama lima dan tujuh hari di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dan Mahkamah Majistret Kuching dibawah Akta yang sama.
Kesemua tertuduh ditahan SPRM dalam OPS SELAT yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Putrajaya, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.
#SPRM
#Putrajaya
#Mahkamah Majistret
#OPS SELAT
#sindiket pemalsuan cop sempadan
#JIM
#mahkamah
#Malaysia