Pemaju hartanah berpangkat Datuk maut jatuh kondominium
Dewi Nur Harasha Alias
Oktober 5, 2021 16:19 MYT
Oktober 5, 2021 16:19 MYT
GEORGE TOWN: Seorang pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawai, George Town pada Selasa.
Ahli perniagaan bergelar Datuk itu dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebelum ditemui oleh penduduk perumahan berkenaan berhampiran kolam renang di situ.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai berusia 50an tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Soffian enggan mengulas lanjut dan hanya mengesahkan kejadian berkenaan.
"Buat masa ini saya hanya boleh sahkan memang ada kes individu mati jatuh bangunan di Jalan Kelawai dan mangsa mati ditempat kejadian.
"Kes masih dalam siasatan," katanya sewaktu dihubungi hari ini.