Peluang tipis untuk bertemu

Astro Awani
November 28, 2013 09:53 MYT
Kamarmahtum Abdul Wahab di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. - foto oleh Zan Azlee
Kamarmahtum Abdul Wahab bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Seri Zakaria Sulong jam 4.30 petang waktu tempatan pada Rabu untuk berbincang kemungkinan bagi dia bertemu adiknya, Siti Aishah Abdul Wahab.
Bagaimanapun, peluang untuk bertemu dengan adiknya itu dilaporkan tipis dan alternatif bagi pertemuan ialah surat daripada Kamarmahtum yang akan disampaikan kepada Siti Aishah.
Editor Majalah AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin yang merupakan anak saudara kepada Kamarmahtum berlepas ke London pada Selasa dalam misi percubaan bertemu dan kemungkinan membawa pulang Siti Aishah.
Siti Aishah, 69, merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang diselamatkan polis Britain daripada terus menjadi mangsa perhambaan di sebuah rumah di Lambeth, London.
Siti Aishah dan dua lagi wanita terbabit – seorang warga British dan Ireland berusia 30 dan 57 masing-masing dilaporkan menjadi hamba oleh sepasang suami isteri yang juga merupakan sebahagian daripada fahaman Mao di Britain.
#London #perhambaan #SITI AISHAH