Pelobi 'Tan Sri' serah diri

Astro Awani
Mac 30, 2017 19:32 MYT
Menurut Azam, siasatan sedang dijalankan dan keputusan untuk menahan reman atau melepaskannya akan dibuat esok. - Gambar fail
Individu dikaitkan dengan cubaan rasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serah diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.
Individu berusia 54 tahun itu dipercaya menyerah di pejabat SPRM petang tadi.
"Siasatan masih berjalan. Sama ada individu ini akan direman atau dilepaskan akan ditentukan pada Jumaat," kata Azam.
SPRM hari ini mengeluarkan arahan agar individu yang dipercayai terlibat dalam cubaan merasuah Sultan Johor dengan wang sejumlah RM2 juta untuk meneyerah diri.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#Azam Baki #Rasuah #siasatan #SPRM #Sultan Ibrahim #Sultan Johor
;