Percaya atau tidak, kini pelitup separuh muka, yang biasanya hanya dipakai sewaktu musim jerebu di negara ini, kini sudah dikategorikan sebagai 'perisai' paling penting dalam menghadapi musuh tidak kelihatan COVID-19, selain daripada memastikan penjarakan sosial.
Pemakaiannya dikatakan sebagai kaedah pencegahan penting mengelakkan penyebaran 60 peratus penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19.
Selaras dengan itu, mulai 1 Ogos ini, pelitup separuh muka wajib dipakai di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum, dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
Ini kerana walaupun Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang berjaya dalam menangani pandemik itu, namun nampaknya rakyat bersikap sambil lewa dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, bagi membendung penularan wabak itu.
Peraturan baharu itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak, pakar kesihatan dan orang awam yang bersetuju dengan langkah itu, menyifatkannya sebagai amat tepat bagi memastikan disiplin dan pematuhan orang ramai, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan.
Menyedari keputusan kerajaan itu adalah untuk kebaikan bersama, seorang pekerja swasta Zaiton Mohamad, 35, berkata beliau sendiri berasa lebih yakin untuk berada di tempat awam apabila melihat ramai yang turut mengenakan pelitup separuh muka.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata pemakaian pelitup separuh muka seharusnya sudah lama diwajibkan di kawasan sesak dan padat.
"Bila pakai pelitup separuh muka ini, secara tidak langsung kita menghalang tangan daripada menyentuh kawasan pada anggota badan, yang boleh menyebabkan kemasukan virus ke dalam badan kita," katanya.
Sementara itu, Persatuan Farmasi Malaysia menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam membeli pelitup muka fabrik atau tiga lapis, yang banyak dijual dalam talian.
"Pada saya masyarakat kena tahulah, jangan main pakai saja tapi benda itu tidak mendatangkan kesan perlindungan, atau pencegahan.
"Kalau beli dalam talian siapa nak bertanggungjawab jika terjadi apa-apa. Bagaimana mahu tahu sumber pelitup muka itu dari mana pembuatannya. Sebab kita mahukan yang pertama berkualiti yang kedua, selamat digunakan dan ketiga ia berfungsi," kata Pengerusinya, Amrahi Buang.
Pada masa sama, di sebalik sambutan positif pelbagai pihak atas peraturan baharu itu, timbul juga keluhan mengenai harga pelitup separuh muka yang dikatakan agak mahal, ekoran terdapat peniaga yang menaikkan harga sesuka hati selain penjualan tiruan.
Malahan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), melalui pemeriksaan ke atas 43,402 premis di seluruh negara mulai 29 Jan sehingga hari ini, telah mengeluarkan sebanyak RM392,400 kompaun atas pelbagai kesalahan seperti menjual pelitup separuh muka melebihi harga maksimum.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata turut dikesan banyak kes penjualan pelitup muka tiruan, dengan modus operandinya membeli pelitup separuh muka tanpa jenama daripada China dan membuat pembungkusan semula.
Bagaimanapun, KPDNHEP dilihat mengambil langkah bijak dengan membuat keputusan mengurangkan harga siling pelitup separuh muka kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50, dan harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula 15 Ogos, seperti diumumkan Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini.
Kerajaan juga akan terus mengkaji keperluan untuk menurunkan harga pelitup separuh muka dan memastikan bekalan mencukupi, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 25 2020
Pelbagai pihak bersetuju dengan langkah mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka, menyifatkannya amat tepat bagi memastikan disiplin dan pematuhan orang ramai, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan. - Gambar hiasan
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.