KUALA LUMPUR: Kedudukan Parlimen sebagai platform untuk memartabatkan demokrasi dalam negara perlu dipelihara dengan memaparkan kebenaran di sebalik setiap satu isu yang ditimbulkan.
Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai berkata, sekalipun ada isu yang terlalu sensitif untuk dibincang atau dibahaskan secara terbuka, masih terdapat mekanisme lain yang membolehkan platform Parlimen dimanfaatkan bagi membawa kebenaran dan menjawab semua persoalan.
"Apa yang kita nampak sekarang, kita berdebat di luar Parlimen. Pelbagai pihak ada fakta sendiri, saling menyalahkan sehingga kita sebagai rakyat pun keliru, tidak tahu siapa betul dan salah.
"Susah untuk bina negara ini kalau kita tidak ada platform untuk kenal pasti kebenaran. Aspek penting dalam negara bangsa ialah kebenaran dan keadilan.
"Kerana itu kita kena kembali ke Parlimen, bukan berdebat di media sosial di mana semua orang boleh cakap apa saja tetapi tiada siapa boleh sahkan kebenarannya," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam Agenda AWANI malam tadi.
BACA: Tuntutan Sultan Sulu: Dewan Rakyat kecoh lebih setengah jam, Kota Belud diarah keluar
BACA: Isu tuntutan Sulu: Ini sebab kenapa Speaker Dewan Rakyat tidak benarkan perbahasan
Tegas Tharma lagi, kualiti perdebatan perlu ditambah baik supaya orang ramai tidak berterusan sinikal dan berpendapat bahawa sesi Parlimen tidak lebih sekadar shouting match antara wakil rakyat semata-mata.
"Dalam konteks ini, dua perkara penting yang kita kena fikir, pertama ialah bagaimana nak tingkatkan kualiti perbincangan yang ada.
"Di luar negara ada pendanaan kepada semua wakil rakyat untuk mereka mendapatkan pembantu dari aspek penyelidikan, untuk membantu melihat usul-usul yang diketengahkan.
"Sebagai contoh, tahun lepas Akta 342 untuk lihat semula Akta Pencegahan Penyakit, majoriti wakil rakyat tidak baca pun, hanya apabila ia tular dan orang bercakap, ada isu dengan kes-kes tertentu, tiba-tiba mereka menggelabah.
"Kedua, bagaimana nak sampaikan pada masyarakat sebab mereka tidak tahu apa yang dibincangkan, apa dokumen yang ada. Di luar negara ada 'hansard' untuk membolehkan ia dibaca.
"Di Malaysia juga ada, tetapi boleh dipermudahkan untuk bacaan," jelasnya.
Konteks Parlimen, kata Tharma, tidak seharusnya lari daripada fokus terhadap rakyat.
"Isunya, kita sebagai rakyat pun tidak meminta wakil rakyat untuk menjadi policy maker yang bagus, cukup setakat datang masa majlis-majlis di kampung.
"Ini juga yang kami di Undi18 hendak bawa, iaitu pendidikan untuk anak muda celik.
"Yang wakil rakyat patut buat lebih lagi di sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, ialah bawa polisi jangka panjang," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Thu Jul 21 2022

Kualiti perdebatan di Dewan Rakyat perlu ditambah baik supaya orang ramai tidak berterusan sinikal. - Gambar hiasan
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
KPKT dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.

Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Young Syefura minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status semasa program PSPJN di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
Antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa.