Peletakan jawatan Abe Shinzo kehilangan buat dunia - MCW

Astro Awani
Ogos 29, 2020 00:18 MYT
MCW sifatkannya sebagai satu kerugian bagi seluruh dunia dan Malaysia khususnya. - Foto Sinar Harian
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menzahirkan rasa terkejut dengan pengumuman Abe Shinzo untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun.
Keputusan itu disifatkan sebagai satu kehilangan buat seluruh dunia dan Malaysia khususnya.
"Walaupun begitu, kami yakin dan percaya bahawa anda sudah memikirkan keputusan itu, dan dapat memenuhi keperluan dan harapan rakyat Jepun dan dunia keseluruhannya.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas peranan yang dimainkan sebagai seorang pemimpin ikonik, melaksanakan misi untuk mencapai dunia yang makmur, damai dan produktif," kata Presidennya, Jais Abdul Karim menerusi satu kenyataan media.
Jais turut meluahkan rasa bangga dilatih dan menjadi sebahagian daripada program IYEO Jepun untuk kumpulan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) tahun 2002.
"Pihak MCW sangat menghargai inisiatif berkesan dan futuristik Abe dalam melahirkan pemimpin dunia yang berkaliber tertinggi," tambahnya.
#Abe Shinzo #Jais Abdul Karim #Jepun #Malaysia Corruption Watch #MCW #Perdana Menteri
;