Penggunaan pelekat hologram diperkenalkan sejak 2011 yang diwajibkan pada setiap naskhah Al-Quran yang dijual.
Astro Awani
Thu Feb 27 2014
Penggunaan pelekat hologram pada naskhah Al-Quran yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac depan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet terlebih dahulu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu langkah itu dibuat bagi mendapatkan pandangan Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan.