Keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memansuhkan harga siling bagi tambang bas sekolah bermula Januari tahun depan, dengan memberi kuasa 'rundingan' kepada ibu bapa dan pengusaha bas, mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Lotfi Ismail, seorang suri rumah, berkata langkah tersebut adalah tidak munasabah dan akan memberi peluang kepada pengusaha bas untuk meningkatkan harga tambang bas.
"Tambang bas sudah cukup mahal pada masa ini. Saya membayar RM45 untuk tambang bas anak saya dan jarak antara sekolah anak saya dan rumah adalah kurang daripada satu kilometer.
"Memberi kuasa rundingan kepada ibu bapa dan pengusaha bas adalah satu langkah yang baik, tetapi bagaimana keberkesanannya adalah cerita yang lain. Ini adalah kerana, sesetengah pengendali bas mungkin tidak bersetuju dengan ibu bapa dan ini akan menimbulkan masalah.
"Akhirnya, ibu bapa tidak mempunyai pilihan tetapi untuk bergantung dan memberi kepercayaan pengusaha bas untuk menghantar dan mengembalikan anak-anak mereka dengan selamat," katanya kepada Astro AWANI.
Sujenthiran Rajagobal berkata jika langkah SPAD ini akan memberi kesan kepada peningkatan harga tambang bas, ia akan menjadi beban kepada ibu bapa.
"Ia akan menjadi sukar untuk ibu bapa yang mempunyai ramai anak. Saya mempunyai tiga orang anak dan saya perlu membayar RM80 bagi setiap tambang bas mereka. Jika mereka menaikkan tambang bas walaupun dengan RM20, saya akan membayar RM300 hanya untuk tambang bas,” kata beliau.
Sementara itu, Tamilarasan Karapiah dari Ampang berpendapat, pemansuhan harga siling dan peningkatan harga tambang bas boleh berlaku jika peningkatan itu selaras dengan kenaikan harga bahan api.
"Walau bagaimanapun, jika ia sekadar bertujuan untuk meningkatkan keuntungan harga tambang bas, ianya tidak betul.
"Sebuah van sekolah mempunyai struktur kos yang berbeza jika dibanding dengan sebuah bas sekolah, jadi walaupun kuasa pasaran perlu diberi keutamaan, tanggungjawab perlu dititikberatkan bagi pihak penyedia perkhidmatan," kata Tamilarasan yang juga seorang pengurus kanan kewangan kumpulan.
Semalam, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata langkah ini membolehkan ibu bapa, sekolah-sekolah dan pengusaha bas bagi menentukan sendiri harga tambang bas yang dirasakan sesuai.
"Kami (SPAD) sebagai pemerhati akan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan mengenakan harga yang berlebihan.
"Jika ini berlaku, tindakan untuk membatalkan lesen operasi boleh dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat."
Beliau berharap 15,000 pengusaha bas sekolah yang berlesen di seluruh negara mematuhi undang-undang tidak akan menjadikan peningkatan harga tambang sebagai isu lagi.
T K Letchumy Tamboo
Sat Oct 04 2014
![Pelbagai reaksi berhubung keputusan SPAD mansuh harga siling tambang bas Pelbagai reaksi berhubung keputusan SPAD mansuh harga siling tambang bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/51353373851_295x200.jpg)
SYED HAMID: SPAD sebagai pemerhati akan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan mengenakan harga yang berlebihan. -Gambar fail
![Biar dihina, difitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar Biar dihina, difitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723789329_AnwarIbrahim.jpg)
Biar dihina, difitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru 1.6 juta penjawat awam untuk menjadi benteng kepada negara.
![Raisya Rasyiqah ditemukan selamat Raisya Rasyiqah ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723784886_TBHilang.jpg)
Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.
![Jepun terus komited labur dalam tenaga hijau Malaysia, fokus pada hidrogen - Fadillah Jepun terus komited labur dalam tenaga hijau Malaysia, fokus pada hidrogen - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723787995_APECPERU.jpg)
Jepun terus komited labur dalam tenaga hijau Malaysia, fokus pada hidrogen - Fadillah
Katanya, Jepun melabur di Sarawak dalam industri yang sama dan akan terus memberikan komitmen untuk menyokong Malaysia dari segi pelaburan.
![Aplikasi Threads perkenal ciri baharu Aplikasi Threads perkenal ciri baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722488727_MetaThreads.jpg)
Aplikasi Threads perkenal ciri baharu
Kemas kini itu termasuk keupayaan untuk menyimpan sehingga 100 draf, skrin Insights dan ciri penyusunan semula lajur.
![AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024 AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723787361_Knightondoping.jpg)
AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
[TERKINI] Pengumuman KDNK suku tahun kedua 2024
Ikuti sidang media bersama Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengenai Keluaran Perangkaan KDNK 2024.
![Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723787286_MajlisAmanatPerdan.jpg)
Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bertujuan memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
![YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723785840_kelabbeliaperihatin.jpg)
YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri perlu mempunyai hala tuju yang jelas dari segi usaha untuk dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
![Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723785155_TBTerhempas.jpg)
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
![MyPerformance ganti LNPT, gaji tahunan hanya libat pegawai capai prestasi - PM Anwar MyPerformance ganti LNPT, gaji tahunan hanya libat pegawai capai prestasi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723786861_AnwarIbrahim.jpg)
MyPerformance ganti LNPT, gaji tahunan hanya libat pegawai capai prestasi - PM Anwar
Peraturan baharu menangani isu kegagalan tadbir urus pengurusan kewangan awam dan pengukuhan prosedur tatatertib yang lebih tegas bagi pegawai yang tidak hadir bertugas.
![LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan ditubuh - MOT LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan ditubuh - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621870245_LRTkemalangan.jpg)
LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan ditubuh - MOT
Jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentangkan sebagai laporan akhir.
![Bulan kemerdekaan: 70 peratus diskaun saman JPJ dan SPAD Bulan kemerdekaan: 70 peratus diskaun saman JPJ dan SPAD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578467546_sesakraya.jpg)
Bulan kemerdekaan: 70 peratus diskaun saman JPJ dan SPAD
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan jabatan itu dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
![Lori kebal: Seorang penolong penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah Lori kebal: Seorang penolong penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566356763_TBJPJDAKWA.jpg)
Lori kebal: Seorang penolong penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah
Penolong Penguatkuasa berusia 48 tahun itu didakwa menerima suapan keseluruhan berjumlah kira-kira RM6,300 daripada syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.
![Enam lagi penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah Enam lagi penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81564118391_TBRASUAH.jpg)
Enam lagi penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah
Enam lagi penguatkuasan JPJ Pulau Pinang didakwa atas 14 pertuduhan rasuah melindungi 'lori- lori kebal' di Pulau Pinang.
![SPRM bawa enam lagi penguat kuasa JPJ ke mahkamah hari ini SPRM bawa enam lagi penguat kuasa JPJ ke mahkamah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561558268_SPRM.jpg)
SPRM bawa enam lagi penguat kuasa JPJ ke mahkamah hari ini
Pendakwaan kes rasuah membabitkan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang diteruskan hari ini dengan enam lagi penguat kuasa jabatan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini.
![Lima penguat kuasa JPJ, seorang bekas anggota SPAD hadapi 63 pertuduhan rasuah Lima penguat kuasa JPJ, seorang bekas anggota SPAD hadapi 63 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563967721_TBJPJRASUAHjpg.jpg)
Lima penguat kuasa JPJ, seorang bekas anggota SPAD hadapi 63 pertuduhan rasuah
Kesemua individu tersebut mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan yang dihadapi mereka ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.
![Sindiket 'lori kebal': Dua penguatkuasa JPJ, bekas anggota SPAD direman Sindiket 'lori kebal': Dua penguatkuasa JPJ, bekas anggota SPAD direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51556078202_REMAN.jpg)
Sindiket 'lori kebal': Dua penguatkuasa JPJ, bekas anggota SPAD direman
Mereka direman sehingga 30 April bagi membantu siasatan kes rasuah lori kebal di Pulau Pinang.
![Tawaran Gred 19 kepada pegawai berkelulusan ijazah tak masuk akal - Najib Tawaran Gred 19 kepada pegawai berkelulusan ijazah tak masuk akal - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81504061960_SPAD.jpg)
Tawaran Gred 19 kepada pegawai berkelulusan ijazah tak masuk akal - Najib
Katanya, mereka yang berkelulusan ijazah tidak patut ditawarkan gred yang sama dengan mereka yang berkelulusan SPM.
![Najib abai nasihat agensi kerajaan berhubung ECRL - Daim Najib abai nasihat agensi kerajaan berhubung ECRL - Daim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61555866755_TunDaim.jpg)
Najib abai nasihat agensi kerajaan berhubung ECRL - Daim
Daim bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan CCCC, menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti.
![APAD siasat dan kenal pasti punca pelanggan marah pegawai di kaunter APAD siasat dan kenal pasti punca pelanggan marah pegawai di kaunter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81551311152_KadBantuanTeksiM.jpg)
APAD siasat dan kenal pasti punca pelanggan marah pegawai di kaunter
Hasil siasatan lanjut dijalankan ke atas kejadian yang berlaku di pejabat wilayah APAD Kelana Jaya itu mendapati pelanggan terbabit tidak menunggu lama sepertimana didakwa dalam video berkenaan.